Simulasi yang dibangunkan adalah berbentuk prototaip kepada lif sebenar. Oleh itu, penggunaannya hanya untuk ditunjuk cara ia berfungsi dan perkaitan antara button luar dan button dalam lif. Jika dibandingkan dengan lif yang sebenar ia mempunyai banyak kegunaan terutama jika bangunan yang mempunyai lebih dari 2 tingkat. Lif digunakan bagi mengangkat manusia atau barang-barang untuk dialihkan dari satu aras ke aras yang lain. Selain itu, lif juga digunakan untuk membantu manusia mengangkat barang dan peralatan yang berat untuk kegunaan mereka. Dengan menggunakan simulasi ini pelajar dan para guru dapat melihat model pergerakan lif secara lebih mendalam.
Wednesday, October 28, 2009
NILAI KOMERSIL
Mengikut perkembangan semasa, kefahaman yang mendalam tentang konsep dan litar yang terlibat bagi menghasilkan lif dapat memberi manfaat yang berguna. Ini kerana, seseorang jurutera yang terlibat dalam proses mengaturcara sesebuah lif memberi pulangan yang lumayan. Lif yang dibangunkan menggunakan beberapa perisian seperti perisian utama visual basic bagi menghasilkan antaramuka dan pengkodan, selain itu ia juga menggunakan perisian paint dan adobe photoshop bagi menghasilkan lukisan lif, dan perisian Microsoft Access untuk database. Simulasi lif yang dihasilkan ini mempunyai beberapa antaramuka yang mudah difahami kegunaannya, ini kerana penghasilannya mempunyai arahan yang mudah difahami oleh pengguna. Memandangkan simulasi ini dihasilkan dengan menggunakan perisian yang mudah diperolehi, sebarang pengubahsuaian dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan mudah terutamanya bagi kegunaan para pendidik.
Posted by Robotik at 7:30 PM 0 comments
KEGUNAAN
Dengan membangunkan simulasi penggunaan lif, ianya lebih bersifat fleksibel dimana pelajar dapat melihat proses, fungsi sistem lif berlaku serta mempelajari teori-teori berkaitan fungsi sistem lif dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, simulasi ini juga dapat menyediakan paparan tentang litar lif dalam bentuk PLC dalam proses pergerakan lif dari satu aras ke aras yang lain. Selain itu juga, simulasi ini juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di institut pengajian tinggi. Selain dari itu juga system ini mempunyai pelbagai fungsi di mana system ini akan disambungkan dengan model system lif sebenar menggunakan PLC, jadi pelajar boleh mengaplikasikan dengan lebih mendalam.
Posted by Robotik at 7:30 PM 0 comments
TUJUAN
Mengikut perkembangan semasa, kefahaman yang mendalam tentang konsep dan litar yang terlibat bagi menghasilkan lif dapat memberi manfaat yang berguna. Simulasi ini dibangunkan bertujuan:
• Mengkaji dan memodelkan sistem sedia ada atau yang belum wujud.
• Membantu untuk membuat keputusan.
• Ujikaji dalam simulasi membenarkan keputusan yang lebih baik dibuat terhadap
sistem.
• Simulasi menyediakan analisis formal dan jangkaan.
• Jangkaan prestasi yang dibuat adalah hampir tepat, walaupun pada sistem yang
kompleks.
Posted by Robotik at 7:30 PM 0 comments
SINOPSIS
Simulasi ialah suatu kaedah yang sesuai digunakan untuk mengkaji operasi sesuatu sistem.Menurut Hoover & Perry (1989), simulasi merupakan satu proses mereka bentuk model matematik atau logical untuk suatu sistem sebenar dan dilakukan ujikaji berasaskan komputer terhadap model tersebut bagi tujuan menghuraikan, menerangkan dan menjangkakan tingkah laku sistem sebenar. Menurut Oxford American Dictionary, simulasi adalah satu cara dengan menghasilkan keadaan pada sesuatu situasi melalui model bagi tujuan mengkaji, menguji atau melatih. Manakala menurut, Harrel, et.al (2003) Imitation of a dynamic system using a computer model in order to evaluate and improve system performance. Secara amnya dalam kajian simulasi, proses atau sistem akan dimodelkan di mana model akan meniru tindakbalas sistem sebenar terhadap peristiwa yang berlaku ke atasnya. Untuk membangunkan satu model simulasi, pengetahuan dalam bidang kebarangkalian dan statistik, pengaturcaraan serta kaedah heuristic harus ada pada pembangun model.
Pembangunan simulasi lif merupakan satu model pembelajaran yang bertujuan untuk memberi gambaran pergerakan lif sebenar dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Simulasi ini juga boleh digunakan oleh golongan pendidik sebagai bahan bantu mengajar. Selain itu, model ini juga berguna kepada golongan pelajar, dimana ianya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan atau nota tambahan. Model simulasi ini mengandungi antaramuka utama seperti antaramuka ‘log in’ dan ‘register’, antaramuka simulasi (paparan pergerakkan lif), antaramuka litar (sambungan PLC), kuiz (sebagai latihan kepada pelajar) dan nota tambahan. Model ini juga memberi gambaran sebenar konsep hubungan pergerakan lif dengan ‘button’ yang terdapat di dalam dan di luar lif yang digunakan oleh pengguna serta konsep litar yang terlibat.
Posted by Robotik at 7:28 PM 0 comments
Komponen
Senarai bahan dan kos
Dibawah merupakan bahan serta kos yang telah digunakan bagi menghasilkan litar lif yang mempunyai ketinggian 3 tingkat.
Bahan yang dibeli hasilkan prototaip lif
Posted by Robotik at 2:32 PM 0 comments