Dengan membangunkan simulasi penggunaan lif, ianya lebih bersifat fleksibel dimana pelajar dapat melihat proses, fungsi sistem lif berlaku serta mempelajari teori-teori berkaitan fungsi sistem lif dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, simulasi ini juga dapat menyediakan paparan tentang litar lif dalam bentuk PLC dalam proses pergerakan lif dari satu aras ke aras yang lain. Selain itu juga, simulasi ini juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di institut pengajian tinggi. Selain dari itu juga system ini mempunyai pelbagai fungsi di mana system ini akan disambungkan dengan model system lif sebenar menggunakan PLC, jadi pelajar boleh mengaplikasikan dengan lebih mendalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment